Guan Eng minta PN, BN muhasabah diri

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) cermin diri dan bermuhasabah daripada terus menyalahkan DAP atas kegagalan menangani pandemik koronavirus (Covid-19).

Guan Eng berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang tiada keperluan diadakan tetapi berlaku kerana percubaan rampasan kuasa untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

Namun menurutnya, mereka yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut enggan mengaku salah malah cuba untuk menyalahkan DAP.

"Kemunafikan ini samalah seperti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menasihati orang awam untuk mematuhi peraturan kuarantin dan Covid-19.

"Tidak seperti rakyat Malaysia biasa, Khairuddin diberi layanan istimewa dan tidak didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi kuarantin 14 hari di rumah.

"Rakyat sudah muak dengan kerajaan ini yang hanya menjaga kepentingan sendiri," katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin taksub dengan permainan kuasa politik demi mengekalkan kuasa kerajaan dan rela mengorbankan kepentingan rakyat.

Justeru beliau meminta Muhyiddin menunjukkan kepimpinan yang tegas dengan kenyataan jelas bahawa tidak akan ada rombakan Kabinet.

Artikel Berkaitan:

“Ini akan membenarkan kerajaan untuk memfokus kepada krisis kesihatan pandemik Covid-19 dan menghapuskan obsesi politik mengenai rombakan Kabinet,” ujarnya.