Kawasan longgokan barang kitar semula terbakar

Sebuah kawasan terbiar yang menjadi lokasi longgokan barang kitar semula di Jalan Dato Selat, Kampung Jawa, Klang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Sebuah kawasan terbiar yang menjadi lokasi longgokan barang kitar semula di Jalan Dato Selat, Kampung Jawa, Klang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
A
A
A

KLANG - Sebuah kawasan terbiar yang menjadi tempat longgokan barang kitar semula di Jalan Dato Selat, Kampung Jawa di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.38 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran di kawasan itu yang terdapat longgokan barang kitar semula," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan: