X

Kindly register in order to view this article
!

Pencemaran Sungai Selangor dijangka pulih petang ini

Amirudin turun padang bagi meninjau keadaan pencemaran tersebut. Foto: Ihsan FB Amirudin Shari
A
A

SHAH ALAM - Pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor dijangka akan pulih pada petang ini berdasarkan trend perkembangan semasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, buat masa ini, kadar pencemaran yang berlaku mencatatkan bacaan pada tahap 1 ton dan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna apabila bacaan mencecah 0 ton.

Beliau berkata, usaha pemulihan pencemaran di sungai itu sedang giat dilaksanakan buat masa kini oleh pihak terlibat.

"Saya kini di muka sauk (Intake) Sungai Selangor Fasa 2 untuk meninjau kerja-kerja pemulihan bekalan air akibat pencemaran yang dikesan awal pagi ini," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] 1.2 juta akaun pengguna di KL, Selangor terjejas bekalan air

Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, laporan polis telah dibuat berhubung kes pencemaran itu dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan oleh pihak berkaitan.

"Dalam pada itu, 81 lori tangki air, 34 tangki statik dan 17 Pusat Khidmat Setempat telah digerakkan oleh Air Selangor untuk kegunaan para pengguna yang terlibat," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!