Dalang dicekup, dadah dalam penyedut minuman dirampas

Sebanyak 205 keratan penyedut minuman mengandungi dadah jenis syabu yang bernilai RM7,050 ditemui dalam poket seluar suspek.
Sebanyak 205 keratan penyedut minuman mengandungi dadah jenis syabu yang bernilai RM7,050 ditemui dalam poket seluar suspek.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang dalang sindiket pengedaran dadah dicekup dalam satu serbuan di tepi jalan Pasar Malam, Inanam pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 23 tahun ditahan bersama dadah jenis syabu sebanyak 70.50 gram.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Dadah jenis syabu yang dijual dalam kuantiti kecil kepada pengedar di sekitar Pekan Inanam, Kota Kinabalu.
Dadah jenis syabu yang dijual dalam kuantiti kecil kepada pengedar di sekitar Pekan Inanam, Kota Kinabalu.

"Hasil risikan berjaya menahan seorang lelaki berstatus pemastautin tetap yang menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah di kawasan Pekan Inanam.

"Ketika tangkapan dilakukan, suspek bertindak agresif dengan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui 205 keratan penyedut minuman mengandungi dadah jenis syabu yang bernilai RM7,050 di dalam poket seluar suspek," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati, suspek adalah dalang pengedar dadah di kawasan itu dengan mendapatkan bekalan daripada sindiket dadah.

"Suspek mendapatkan bekalan dadah untuk dijual dalam kuantiti kecil kepada penagih di sekitar kawasan pekan Inanam.

Artikel Berkaitan:

"Sebuah kereta jenis Proton Saga turut disita untuk siasatan lanjut selepas disyaki digunakan untuk tujuan pengedaran dadah," katanya.

Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.