Pencemaran air: Kerajaan Selangor digesa tidak berkompromi

Hanafi Zulkapli
Hanafi Zulkapli
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor digesa agar tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang berkepentingan dalam isu pencemaran sumber air mentah di negeri ini.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, sikap tidak bertanggungjawab pihak yang terlibat dengan pencemaran berkenaan merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat dan negeri ini.

Beliau berkata, kes pencemaran air seolah-olah seperti tiada kesudahan dan rakyat perlu menanggung derita disebabkan permasalahan itu.

"Tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab wajib dikenakan kerana isu ini seolah tiada kesudahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: 1.2 juta akaun pengguna di Selangor terjejas bekalan air

Dalam pada itu, Hanafi berkata, Jabatan Amal Selangor juga akan bersedia membantu rakyat yang terkesan dengan gangguan bekalan air berkenaan.

"Pasukan Jabatan Amal Selangor sedang bersiap sedia bagi memberikan bantuan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: