Zakat ISMAILIAN bantu pelajar terjejas Covid-19

Ahmad Razin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan zakat kepada seorang pelajar Tingkatan Tiga, Muhammad Firman Hakim Che Ramlee yang menerima bantuan daripada ISMAILIAN buat kali ketiga sejak bersekolah di SIC.

A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Alumni Maktab Sultan Ismail (ISMAILIAN) menyampaikan zakat berjumlah RM16,168 bagi membantu pelajar Maktab Sultan Ismail (SIC) daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Presiden ISMAILIAN, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, bantuan disalurkan bertujuan meringankan beban ibu bapa 168 pelajar Tingkatan Satu sehingga prauniversiti sekolah berkenaan.

“Zakat diagihkan kepada pelajar kurang kemampuan pada setiap tahun dengan jumlah keseluruhan RM131,60 disalurkan bermula 2017 sehingga 2019 melibatkan 1,316 penerima.

“Sumbangan bagi membantu pelajar menguruskan perbelanjaan harian dalam keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat ancaman Covid-19,” katanya pada Majlis Penyampaian Zakat kepada pelajar SIC di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengetua SIC, Raja Azman Raja Ibrahim.

Sebahagian ISMAILIAN yang hadir pada Majlis Penyampaian Zakat kepada pelajar SIC di Kota Bharu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, ISMAILIAN mempunyai tabung amanah khas yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pelajar dan bekas pelajar SIC.

“Kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak dapat mengukuhkan lagi hubungan baik walaupun para alumni sudah mencecah puluhan tahun meninggalkan zaman persekolahan.

Artikel Berkaitan:

“Pihak alumni juga bertanggungjawab dalam memastikan SIC terus melahirkan insan cemerlang, berkualiti dan kembali berbakti kepada apabila bekerjaya kelak,” katanya.

Mengulas lanjut, pada masa sama pihak alumni yang mempunyai 380 ahli pelbagai golongan termasuk profesional turut berperanan dalam membantu pihak sekolah memantapkan prasarana dan infrastruktur membabitkan kemudahan teknologi terkini.

“Kemudahan yang baik ini akan menolong proses pembelajaran pelajar meningkatkan kemahiran dan pengetahuan masing-masing dalam bidang teknologi maklumat (IT),” katanya.