Bateq trauma penyakit misteri

Seorang penduduk terkorban dijangkiti virus campak yang melanda di perkampungan orang asli Bateq di Kuala Koh.
Seorang penduduk terkorban dijangkiti virus campak yang melanda di perkampungan orang asli Bateq di Kuala Koh.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] GUA MUSANG - Perpindahan masyarakat orang asli suku Bateq ke dalam hutan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu diambil kerana dua faktor utama yang menjadi kerisauan di kalangan penduduk.

Tok Penghulu Kampung Orang Asli Aring 5, Raina Anjang, 50, ketika ditemui menegaskan dua faktor itu adalah kerisauan terhadap penularan virus Covid-19 dan kerisauan penduduk kampung terhadap pelbagai larangan ketika PKP.

“Penduduk risau virus Covid-19 ini akan menyebabkan kematian di kalangan penduduk sama seperti kejadian demam campak tahun lalu. Jika demam campak hanya melibatkan penduduk di Kampung Orang Asli Kuala Koh tetapi Covid-19 ini melibatkan satu dunia.

“Keduanya penduduk serabut memikirkan andai mereka melanggar perintah PKP terutamanya anak-anak yang sukar untuk dikawal. Jadi bagi memberi ketenangan dan menjamin keselamatan kepada semua, saya mengarahkan mereka berpindah ke dalam hutan buat sementara waktu,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Sinar Harian baru-baru ini.

Menurut Raina, hanya beliau dan keluarganya sahaja tidak bersama-sama penduduk lain berpindah kerana perlu memastikan keselamatan kampung selain menjadi perantara dunia luar dengan penduduk kampung.

Mengimbau kembali perpindahan itu, Raina berkata, satu pertemuan diadakan bersama 74 ketua keluarga sebelum perpindahan dilakukan pada 20 Mac iaitu tiga hari selepas PKP dilaksanakan.

Laporan muka depan Sinar Harian tahun lalu yang merungkaikan kematian misteri melibatkan orang asli suku Bateq di Kuala Koh.
Laporan muka depan Sinar Harian tahun lalu yang merungkaikan kematian misteri melibatkan orang asli suku Bateq di Kuala Koh.

Katanya, perpindahan sementara ke dalam hutan yang sejauh tujuh kilometer itu dilakukan secara berperingkat dan penuh dengan perancangan yang teliti supaya kesemua penduduk yang berjumlah 304 selamat serta dapat dihubungi.

Artikel Berkaitan:

“Masa Covid-19, perpindahan dilakukan secara berperingkat. Bukan semuanya tinggal di dalam kawasan yang sama. Kesemua mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi memudahkan urusan.

“Bekalan makanan di dalam hutan juga akan mencukupi selain mudah mengawal aktiviti anak-anak kecil,” katanya.

Selepas lebih sebulan di dalam hutan, menurut Raina, kesemua penduduk kembali semula ke perkampungan semasa pelaksanaan siri kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 12 Mei hingga 9 Jun.

“Saya tidak biarkan mereka tanpa mendapatkan sebarang perkembangan. Ada ketika saya akan masuk bertemu mereka. Sampailah ketika PKPB, saya mengesyorkan mereka supaya kembali semula ke perkampungan kerana keadaan dapat dikawal kerajaan.

“Kesemua penduduk kampung pulang ke perkampungan, beberapa hari lagi sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya Rania yang memaklumkan kesemua penduduk adalah beragama Islam.

Sebahagian penduduk orang asli suku Bateq di Kuala Koh yang dijangkiti virus campak diberi rawatan di Hospital Gua Musang tahun lalu.
Sebahagian penduduk orang asli suku Bateq di Kuala Koh yang dijangkiti virus campak diberi rawatan di Hospital Gua Musang tahun lalu.