Kuala Lumpur sedia patuh SOP

Nokman
Nokman
A
A
A

KUALA Lumpur mengakui lega dengan keputusan kerajaan yang membenarkan pasukan yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kembali menjalani latihan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, keputusan itu membolehkan The Hawks bersedia untuk mengharungi aksi terakhir Liga Premier menentang Kuching FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras 31 Oktober ini.

“Syukur alhamdulillah kerana Kuala Lumpur dapat kembali berlatih walaupun sesi latihan tersebut perlu dijalankan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

“Buat masa ini, kami akur dengan setiap arahan yang ditetapkan pihak kerajaan dan juga MFL. Kami akan ikut SOP yang telah ditetapkan sebagaimana sesi latihan pada Fasa 1 sebelum ini.

“Sekurang-kurangnya kami dapat berlatih di padang daripada pemain berlatih di rumah sendirian. Kami juga sedang merancang sesi latihan dengan kemungkinan tiga sesi yang akan diadakan nanti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada masa sama, Nokman memberitahu, pihaknya merancang untuk membawa skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusoff itu menjalani sesi latihan di luar kawasan Lembah Klang.

“Kami memang ada perancangan nak berlatih di luar Kuala Lumpur. Tetapi bila kerajaan dah bagi kebenaran berlatih, kami mungkin akan berlatih di sini (Kuala Lumpur) dulu dan sesekali akan keluar.

“Namun, kami juga risau sebenarnya jika PKPB dilanjutkan lagi selepas 27 Oktober nantii. Pilihan yang ada mungkin MFL tunda lagi perlawanan tersebut atau adakan di luar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun, kami bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan diputuskan pihak MFL, apatah lagi melihatkan kepada kes Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari,” ujarnya.