Mesej tular 'KakNa' palsu

Mesej yang tular di aplikasi dan media sosial.
Mesej yang tular di aplikasi dan media sosial.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) malam ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hantaran melalui media sosial oleh seorang yang dikenali sebagai KakNa yang mendakwa seorang wanita yang balik dari Sabah sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan virus koronavirus (Covis-19) walaupun telah dua kali negatif ujian calitan.

KKM menegaskan dakwaan virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan setelah menyerang sistem pernafasan adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi mesej tersebut. - Bernama
Artikel Berkaitan: