X

Kindly register in order to view this article
!

Cuba nasib menang hadiah

Mohammad Khairul Nizam teruja untuk mencuba nasib menyertai peraduan Sinar Harian Di Hatiku ketika ditemui di Marang semalam.
A
A

MARANG - Seorang penjawat awam teruja menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku dan menyifatkan ia sebagai peluang keemasan untuk mencuba nasib bagi memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan.

Mohammad Khairul Nizam Abdul Wahab, 27, dari Kampung Kelulut di sini berkata, beliau mengetahui tentang peraduan itu setelah terbaca iklan melalui akhbar Sinar Harian di sebuah kedai makan.“Saya biasa bersarapan pagi di sebuah warung kerana ada disediakan akhbar Sinar Harian setiap hari.

“Kebetulan hari itu saya ada terbaca mengenai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku. Saya teruja dengan hadiah-hadiah utama yang lumayan dan terfikir untuk mencuba nasib,” katanya yang pertama kali mencuba peraduan yang disediakan di akhbar ini.

Menurutnya, peraduan itu begitu menarik dan mencabar minda serta menguji kreativiti untuk mencipta slogan kreatif.

“Saya berusaha untuk mencari jawapan tepat bagi setiap soalan.

“Ia bukan sahaja menguji minda tetapi melalui peraduan ini peserta juga dapat mengetahui kewujudan lokasi menarik di Malaysia yang sebelum ini tidak pernah diketahui,” katanya.

Mohammad Khairul Nizam teruja untuk mencuba nasib menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku ketika ditemui di Marang semalam.
Mohammad Khairul Nizam teruja untuk mencuba nasib menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku ketika ditemui di Marang semalam.

Mohammad Khairul Nizam berkata, beliau akan mengajak rakan-rakan yang lain termasuk ahli keluarga untuk turut sama merebut peluang keemasan itu.

Katanya, beliau menyambut baik usaha Sinar Harian menyediakan peraduan ini lebih-lebih lagi dalam tempoh masa dan keadaan ekonomi yang mencabar buat masa ini.

“Saya hanya mencuba nasib, jika ada rezeki insya-ALLAH saya akan kongsikan bersama keluarga.

“Saya harap akan ada lagi peraduan begini masa akan datang. Ia sudah tentu memberikan kegembiraan kepada pembaca Sinar Harian,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!