Guru, pelajar SMK Labuan diminta buat saringan Covid-19

Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan yang mengajar sesi petang di Blok K (Fasih 3) dari 1 hingga 16 Oktober lalu serta semua pelajar sesi tersebut diminta menjalani ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan.
Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan yang mengajar sesi petang di Blok K (Fasih 3) dari 1 hingga 16 Oktober lalu serta semua pelajar sesi tersebut diminta menjalani ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan.
A
A
A

LABUAN - [DIKEMASKINI] Tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan yang mengajar sesi petang di Blok K (Fasih 3) dari 1 hingga 16 Oktober lalu serta semua pelajar sesi tersebut diminta menjalani ujian saringan Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, ia susulan kes positif Covid-19 melibatkan seorang pelajar sekolah tersebut.

“Sekiranya peringatan (ujian Covid-19) dikeluarkan (kepada sekolah atau individu), ia bermakna wujud kes positif jangkitan virus di situ,” katanya di sini hari ini.

Jabatan Kesihatan Labuan mengeluarkan peringatan kepada pihak sekolah berkenaan Jumaat lalu dan ujian itu dijadual hari berikutnya atau secepat mungkin dan maklumat itu dikongsi dengan ibu bapa dan orang awam.

Terdahulu, dilaporkan dua pelajar SMK Mutiara dan kluster Bah Bangat diikuti seorang pelajar SMK Pantai dan seorang murid Sekolah Kebangsaan Kerupang dijangkiti Covid-19.

Ketiga-tiga sekolah tersebut diarah ditutup sementara bagi tujuan pembersihan dan kerja pembasmian kuman sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan semula. - Bernama

Artikel Berkaitan: