X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Sabah catat kes baharu tertinggi

covid sabah
A
A

PUTRAJAYA - Sabah kekal mencatatkan jumlah kes baharu harian koronavirus (Covid -19) tertinggi di negara ini apabila sebanyak 702 kes dilaporkan atau 80.6 peratus daripada keseluruhan 871 kes yang direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lonjakan kes itu disebabkan lebih banyak keputusan makmal diperoleh.

“Setakat 18 Oktober (hari ini), kes kumulatif Covid-19 di Sabah ialah sebanyak 7,439 (atau 36.3 peratus daripada jumlah keseluruhan di Malaysia),” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Menurutnya, sehingga kini seramai 251,030 individu di negeri itu menjalani saringan jangkitan virus tersebut.

Semalam, Sabah merekodkan 451 kes atau 51.9 peratus daripada kes keseluruhan harian yang dilaporkan di negara ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 871 kes baharu, tujuh kematian

Empat kluster baharu Covid-19, 85 kluster aktif: Noor Hisham


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!