Bekalan air pulih sepenuhnya dalam tempoh dua hari

Bekalan air melibatkan 445 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor pulih sepenuhnya pada hari ini.
Bekalan air melibatkan 445 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor pulih sepenuhnya pada hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air melibatkan 686 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor akan pulih sepenuhnya dalam tempoh dua hari.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah beroperasi semula pada pagi ini dan bekalan air diagihkan ke sistem agihan bekalan air pada jam 12.00 tengah hari ini.

"Air Selangor menyediakan pelan pemulihan bekalan air untuk 686 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.

"Bagi kumpulan satu, gangguan bekalan air di 241 kawasan pulih esok,19 Oktober diikuti kumpulan dua sebanyak 445 kawasan pada 20 Oktober ini," katanya menerusi kenyataan itu, hari ini.

Menurutnya, Air Selangor memohon kerjasama pengguna supaya menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di semua kawasan terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air.

"Setakat ini, Air Selangor menggerakkan sebanyak 88 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terjejas.

"Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam yang disediakan semasa tempoh pemulihan bekalan air ini," katanya.

Katanya, pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki dan di pili awam.

Artikel Berkaitan:

"Air Selangor akan memaklumkan status pelan pemulihan bekalan air dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 666 kawasan di Lembah Klang berdepan gangguan air

Gangguan air di 686 kawasan pulih mulai jam 2 petang ini