X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] 'Jasa Abot dan Rambai cukup besar kepada Perhilitan'

Mohd Khairul (kiri, duduk) bersama anggota Perhilitan merakam kenangan bersama Awang Tok Uban, Abot dan Rambai sebaik sahaja operasi selesai.
A
A

KUALA KRAI - Seekor gajah jantan berusia 30 tahun di Kampung Tok Uban, Sungai Rek di sini yang ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya dipindahkan hari ini dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai.

Ketua Pusat Operasi Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Mohd Khairul Adha Mat Amin berkata, gajah seberat 2.5 tan dikenali sebagai Awang Tok Uban itu ditangkap Perhilitan pada 12 Oktober lalu.

"Sejurus ditangkap, kita beri rawatan terlebih dahulu kepada Awang Tok Uban sebelum memindahkannya ke Kompleks Taman Negara. Seramai 25 anggota dari Kelantan, Kuala Gandah, Terengganu dan Johor terlibat dalam operasi pemindahan ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Awang Tok Uban yang merupakan gajah jantan berusia 30 tahun berjaya ditangkap di Kampung Tok Uban, Sungai Rek, Kuala Krai.
Awang Tok Uban yang merupakan gajah jantan berusia 30 tahun berjaya ditangkap di Kampung Tok Uban, Sungai Rek, Kuala Krai.

Menurut beliau, difahamkan gajah keluar mencari makan ke kawasan kampung selepas habitat asalnya dipercayai diceroboh dan selain Awang Tok Uban, dua ekor lagi gajah liar di kawasan sama telah ditangkap dan akan dipindahkan dalam masa terdekat.

"Kita jangka proses ini akan selesai sepenuhnya pada Rabu nanti,' ujarnya lagi.

Sementara itu, Mohd Khairul Adha berkata, jasa Abot dan Rambai cukup besar kepada Perhilitan dalam membantu kerja-kerja memindahkan gajah liar.

Katanya, hari ini Abot dan Rambai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk dan menenangkan Awang Tok Uban sebelum membawa haiwan berkenaan keluar dari lokasi tangkapan.

Awang Tok Uban (kiri) berjaya ditenangkan oleh Abot (kanan) dan Rambai (tengah) sebelum dibawa keluar dari hutan
Awang Tok Uban (kiri) berjaya ditenangkan oleh Abot (kanan) dan Rambai (tengah) sebelum dibawa keluar dari hutan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!