21 individu disyaki terlibat judi dalam talian diberkas

Polis sedang melakukan pemeriksaan di sebuah unit kondominium di Mont Kiara yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian, semalam
Polis sedang melakukan pemeriksaan di sebuah unit kondominium di Mont Kiara yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian, semalam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 21 individu diberkas kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di sebuah kondominium di Mont Kiara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya menahan 15 lelaki dan lima wanita warga tempatan serta seorang wanita warga United Kingdom dalam serbuan itu.

"Kita merampas 21 buah set komputer, 42 telefon bimbit dan satu modem," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, dalam operasi berasingan pula, seramai dua lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian membeli dan menjual nombor ekor haram di Kuchai Lama dan Sri Petaling.

"Kita merampas tiga buah telefon bimbit dan wang tunai RM230. Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Artikel Berkaitan: