Dua maut tersepit nahas dua kenderaan

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di Kampung Klah Baru. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di Kampung Klah Baru. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
A
A
A

SLIM RIVER - Dua individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Klah, Kampung Klah Baru di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.04 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Saga serta melibatkan tiga mangsa. Dua mangsa tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di Kampung Klah Baru. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di Kampung Klah Baru. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

“Manakala seorang lagi mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Slim River,” katanya.

Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dan tamat pada jam 1.45 petang.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: