'Jangan tunduk kepada tekanan atau berundur'

Osman Sapian
Osman Sapian
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jangan tunduk kepada tekanan atau berundur, demikian reaksi diberikan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Osman yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ayer Hitam berkata, Presiden parti itu tidak bersendirian meskipun dilihat menerima tekanan daripada UMNO.

"Beliau (Muhyiddin) jangan terburu-buru buat keputusan, silalah bawa perkara ini secara musyawarah bersama pemimpin Bersatu lain termasuk di peringkat negeri. Dalam soal ini, Tan Sri Muhyiddin tidak boleh berseorangan.

"Kalau nak buat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memang tidak sesuai sebab kes Covid-19 semakin meningkat.

"Jadi saya rasa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan mengambil pandangan semua pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya ketika dihubungi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin perlu mengalah untuk selamatkan kerajaan PN

Terdahulu, beliau diminta mengulas Muhyiddin perlu mengalah untuk selamatkan Perikatan Nasional (PN) yang disiarkan Sinar Harian hari ini.

Menerusi laporan itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiada pilihan melainkan terpaksa bergantung kepada UMNO yang mempunyai kerusi yang lebih banyak dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan: