X

Kindly register in order to view this article
!

Batu penanda disangka bom

Penduduk Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek gempar apabila menemui objek yang disangkakan bom lama.
A
A

MELAKA TENGAH - Penduduk Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek gempar apabila menemui objek yang disyaki bom lama.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, anggota Balai Polis Tiang Dua menerima panggilan mengenai penemuan objek itu jam 11.05 malam tadi.

"Siasatan pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) di lokasi mendapati objek tersebut hanya mampatan simen dan besi yang merupakan batu sempadan tanah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, objek itu dijumpai orang awam selepas kawasan lapang berkenaan dibersihkan menggunakan jentera.

"Objek itu kemudiannya dialihkan dan diletakkan di bawah pokok berhampiran laluan masuk penduduk kampung sebelum dilaporkan kepada polis.

"Pasukan UPB meneruskan operasi mengesan sebarang bahan letupan lama di kawasan berkenaan bagi memastikan kawasan itu benar-benar bebas dan selamat," katanya.

Terdahulu, penemuan objek bulat disangka bom lama itu tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!