Gempur pusat Hizbut Tahrir selepas pemimpin utama dikenal pasti

Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada pengamal media pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor hari ini.
Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada pengamal media pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat penyebaran Hizbut Tahrir Malaysia ( HTM) akan digempur selepas polis Johor mengenal pasti 45 daripada 80 pengikut fahaman itu termasuk Sallahuddin Mashkuri yang merupakan ketua mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak teragak- agak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada HTM jika mereka melangkaui garisan keselamatan negara.

"Saya akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam sedikit waktu. Polis akan gempur pusat-pusat penyebaran fahaman ini di Skudai. Polis akan bantu JAINJ untuk gempur.

"Jangan tolak ansur dengan mereka (HTM) ini, mungkin mereka akan gunakan bahasa yang lembut tetapi saya tidak akan gunakan bahasa yang lembut terhadap individu dan pertubuhan yang tidak ikut undang-undang," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor hari ini.
Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor hari ini.

Terdahulu, pada sidang akhbar, Ayob Khan mengulas mengenai kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi HTM semalam yang mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi dan Ketua Polis Johor memfitnah bahawa fahaman mereka bercanggah dengan agama Islam.

Ayob Khan berkata, pihaknya sudah melihat laman web pertubuhan itu di mana terdapat artikel yang menyebut namanya, namun tidak ditandatangani mana-mana pihak.

"Kalau ada keberanian sila tandatangan. Isu fitnah atau sebaliknya tidak timbul. Kenyataan yang saya keluarkan adalah berasaskan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Artikel Berkaitan:

"Fatwa ini sudah pun dikeluarkan atas perintah dan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar," katanya

Ayob Khan berkata, fahaman HTM pernah mengeluarkan risalah berhubung negara Islam moden sebagai kufur serta akan memerangi sistem demokrasi.

“Fahaman ini ada ciri-ciri ajaran sesat antaranya seperti Daesh. Cuma mereka ini ( HTM) belum angkat senjata lagi... jadi kita jangan biarkan mereka berkembang,” katanya.

Menurutnya, selain Johor, fatwa Selangor, Pahang, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur jelas menyatakan tentang penyelewengan Hizbut Tahrir, malah negara Islam lain antaranya Rusia, Tunisia, Bangladesh, Jordan dan Syria turut memasukkan fahaman itu sebagai menyesatkan dan mengancam keselamatan negara.

Pada 1 Oktober lalu, Ayob Khan dalam sidang medianya berkata, polis Johor sedang memantau pertubuhan HTM di negeri ini dan akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada ahli Hizbut Tahrir Malaysia sekiranya mereka melangkaui garisan keselamatan dan menggugat keharmonian negara.

Jelasnya, setakat ini belum ada tangkapan dibuat namun pihaknya telah menerima 17 laporan polis berhubung gerakan itu dan telah membuka kertas siasatan.

Dalam pada itu, seramai 26 pegawai kanan, 147 pegawai pangkat rendah polis, 11 pegawai awam dan 42 orang awam atas kecemerlangan tugas.