X

Kindly register in order to view this article
!

JAS ambil sampel minyak dari empat kapal

Norlin Jaafar
A
A

PORT DICKSON - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil sebanyak 12 sampel minyak dari empat buah kapal berlabuh di Kuala Linggi pada tarikh yang disyaki berlaku tumpahan minyak yang telah mencemarkan Pantai Cermin, Batu 10, di sini Isnin lalu.

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar berkata, kesemua sampel minyak berkenaan telah pun dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan dan dianalisa.

"JAS dengan kerjasama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Laut telah mendapatkan sampel itu bagi mencari bukti suspek insiden tumpahan minyak.

"Kami juga menggunakan data satelit untuk mengesan mana-mana kapal yang melalui laluan terlibat pada tarikh yang disyaki dalam usaha melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pantai Cermin semalam.

Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 Port Dickson masih giat dilakukan.
Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 Port Dickson masih giat dilakukan.

Menurutnya, keputusan sampel berkenaan dijangka diperoleh dalam masa terdekat dan mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

Sementara itu katanya, kerja-kerja pembersihan pantai pada hari keenam operasi melibatkan lebih 200 anggota agensi awam dan swasta dari Melaka dan Negeri Sembilan itu telah 80 peratus dilakukan.

"Di Pantai Cermin ini sudah 80 peratus operasi pembersihan dilakukan tapi masih ada lagi saki-baki minyak dan terkini kami menggunakan ‘absorbent boom’ manakala di Tanjung Tuan pula 80 peratus sudah selesai yang melibatkan kawasan paya bakau.

“Untuk memastikan tiada lagi tumpahan minyak, pihak Maritim Malaysia telah membuat pemantauan di kawasan perairan berhampiran bagi memastikan tiada lagi kapal yang mengambil peluang melepaskan minyak,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!