Wolves akui mula terkesan impak norma baharu

Nuno Espirito Santo
Nuno Espirito Santo
A
A
A

PENGENDALI Wolves, Nuno Espirito Santo mengakui karier pengurusannya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini cukup terkesan berikutan pandemik Covid-19.

Menurut pengendali berusia 46 tahun dari Portugal itu, situasi pandemik yang tidak menentu ternyata menjejaskan segala perancangan kelab berkenaan.

“Situasi Covid-19 sebelum ini menyebabkan saingan musim lalu ditangguhkan sementara selain penonton tidak dibenarkan ke stadium, namun akhirnya saingan liga berjaya diakhiri.

“Kali ini cabaran lebih getir lagi walaupun tanpa penangguhan sementara saingan liga cumanya pemain-pemain terbeban dengan jadual padat liga antarabangsa.

“Jadi persediaan kelab bagi musim boleh dikatakan amat mustahil untuk dirancang tidak hanya kelab ini tetapi juga pengurus kelab lain,” katanya.

Wolves kini mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan dua kekalahan setelah mengharungi empat perlawanan bakal bertandang ke Elland Road menentang juara Liga Kejuaraan, Leeds United.

Tambah Nuno lagi, beliau juga masih samar status lima pemain-pemain kelab itu yang mempunyai tugasan bersama Portugal sebelum ini menjelang aksi menentang Leeds United.

Jelasnya, kelima-lima pemainnya Rui Patricio, Nelson Semedo, Joao Moutinho, Ruben Neves dan Daniel Podence bersama bersama Portugal ketika Cristiano Ronaldo disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Biarpun mereka dibenarkan kembali menjalani latihan di Compton selepas menjalani ujian Covid-19 pada Khamis, namun masih perlu menjalani satu lagi ujian sebelum boleh diturunkan pada aksi menentang Leeds.

“Jadi dalam situasi ini menyebabkan Wolves tidak dapat merancang pelan perlawanan disebabkan masih samar dengan status pemain-pemain.

“Kami hanya boleh menjalani rutin harian biasa sambil mengharapkan semuanya berjalan dengan baik-baik sahaja,” katanya.