Muhyiddin perlu mengalah untuk selamatkan kerajaan PN

Pemerhati politik negara berpendapat Muhyiddin (kanan)tiada pilihan lain daripada beralah atau berunding untuk mencari penyelesaian serta formula baharu dengan UMNO yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pemerhati politik negara berpendapat Muhyiddin (kanan)tiada pilihan lain daripada beralah atau berunding untuk mencari penyelesaian serta formula baharu dengan UMNO yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiada pilihan melainkan terpaksa bergantung kepada UMNO yang mempunyai kerusi yang lebih banyak dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, UMNO adalah parti yang kuat dengan memiliki jentera akar umbi di setiap pelosok kampung.

Menurutnya, bagi Bersatu pula ia diibaratkan seperti teratai terapung yang tidak membumi dan bisa hanyut.

“Dalam kes berkaitan hubungan UMNO dan Bersatu ketika ini, ia bukan soal beralah tapi soal kekuatan sebenar.

“Sebagai parti kecil, Bersatu boleh saling mengukuh bersama UMNO jika semangat the Malay-led plural society itu masih lagi suatu yang didokong seperti mana hasrat founding fathers kemerdekaan Malaya dahulu,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Felo Penyelidik Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri pula berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu perlu kembali ke meja rundingan bersama UMNO.

Menurutnya, Muhyiddin yang menerajui PN sewajarnya mendengar dan meneliti syarat baharu yang dikemukakan UMNO.

“Mungkin ada juga ketidakpuasan hati oleh Bersatu yang boleh juga dirunding dan bagi saya, Muhyiddin perlu kembali ke meja rundingan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, oleh kerana perbezaan majoriti yang sangat tipis, kerajaan PN pada bila-bila masa terdedah kepada ancaman dan ketidaktentuan.

“Justeru, Muhyiddin tiada pilihan selain daripada beralah atau berunding mencari penyelesaian serta formula baharu.

“Kalau diperhatikan, ketidakpuasan hati UMNO terhadap Bersatu itu datang daripada satu kem iaitu Kem Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mereka yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan PN.

“Tiga perkara perlu diselesaikan. Pertama, masalah kelompok yang ada kes di mahkamah; kedua, mereka yang tiada kes tapi tidak mendapat tempat dalam kerajaan dan ketiga, rombakan Kabinet,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syarat UMNO untuk tambah baik kerjasama politik: Ahmad Maslan

Pada Selasa lalu, Mesyuarat Biro Politik UMNO meletakkan syarat baharu melalui perjanjian bertulis bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

UMNO juga membuat pertimbangan menarik diri daripada menyokong PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Muhyiddin telah meminta UMNO memperincikannya.

“Barisan Nasional (BN) ada nombor yang menunjukkan jumlah ahli Parlimen terbanyak iaitu 39 kerusi,” kata Ahmad.