Siri pertama Wacana Al-Quran temui penonton esok

Wacana Al-Quran akan mula bersiaran dan menemui penonton buat pertama kalinya bermula esok dengan topik menarik, ‘Impak Covid-19: Tenggelam Dalam Debu’.
Wacana Al-Quran akan mula bersiaran dan menemui penonton buat pertama kalinya bermula esok dengan topik menarik, ‘Impak Covid-19: Tenggelam Dalam Debu’.
A
A
A

SHAH ALAM - Wacana Al-Quran akan mula bersiaran dan menemui penonton buat pertama kalinya bermula esok dengan topik menarik, ‘Impak Covid-19: Tenggelam Dalam Debu’.

Pengurus Perhubungan Strategik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Nurhayati Nordin berkata, untuk siri pertama program itu, ia menampilkan dua panel iaitu Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Presiden/Pengasas Mofaz Sdn Bhd, Mohamed Fauzy Abdul Hamid.

Beliau berkata, program Wacana Al-Quran itu juga dikendalikan oleh Ketua Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail yang bertindak sebagai moderator dan ditemani qari jemputan, Husaini Mahmur yang akan memperdengarkan bacaan dari Surah al-Balad yang menjadi surah pilihan untuk kupasan topik perbincangan bagi minggu pertama program itu.

“Program ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 petang hingga 7 malam di platform Facebook Sinar Harian dan www.sinarharian.com.my.

“Kita berharap siri sulung program Wacana Al-Quran pada Isnin ini (esok) mendapat sambutan positif daripada semua lapisan masyarakat dan topik yang dikupas bersama pakar syariah dan jemputan kita akan dapat dimanfaatkan bersama kerana ia menjurus kepada solusi al-Quran dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi ummah pada masa ini,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Daud yang akan menjadi panel dalam siri pertama Wacana Al-Quran bermula esok berkata, beliau berharap program itu dapat menjadi platform untuk memudahkan cara solusi al-Quran tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak kerana semua adalah tanggungjawab ummah.

“Semoga program itu juga dapat menjadi wadah yang memberikan satu cara berfikir yang baharu dan solusi al-Quran cukup mudah, ringan serta menghiburkan kepada masyarakat.

“Kita mahu melihat sesi wacana ini memberikan solusi yang mampu menggerakkan ekosistem dan membolehkan orang buat dan bantu apa sahaja sama ada dalam bentuk wakaf, pendidikan atau zakat, termasuk juga bagaimana kita melihat isu masyarakat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, paling penting program itu menunjukkan bahawa al-Quran itu hidup dalam masyarakat sekali gus memberikan daya fikir yang baharu untuk membudayakan serta mengupayakan masyarakat.

Mohd Daud -Foto: ROSLI TALIB Gambar kecil: Nurhayati
Mohd Daud -Foto: ROSLI TALIB Gambar kecil: Nurhayati