69 mangsa banjir dipindahkan di Jasin

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JASIN - Seramai 69 mangsa membabitkan 19 keluarga di Jasin, dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di sini berikutan limpahan air Sungai Ayer Panas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa iaitu 27 lelaki dan 42 perempuan dipindahkan dari empat kampung di daerah berkenaan selepas hujan berterusan sejak semalam.

"Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Lubuk Kasau dan Kampung Hulu Duyung di Bemban, serta Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjung Laboh di Tehel.

"PPS SK Tehel mula dibuka pada jam 4.30 petang tadi berikutan paras air Sungai Ayer Panas dikatakan melimpah selepas hujan lebat berterusan sejak semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: