X

Kindly register in order to view this article
!

Liverpool kempunan diikat Everton

Calvert-Lewin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 untuk menafikan tiga mata buat Liverpool.
A
A

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool kempunan meraih mata penuh apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika menentang musuh setempat, Everton di Goodison Park sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan The Reds gagal mencari penawar luka selepas dibelasah Aston Villa 2-7 minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, skuad kendalian Jurgen Klopp itu terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol Sadio Mane yang menyempurnakan hantaran Andy Robertson pada minit ke-3.

Namun, pertahanan Liverpool mula goyah selepas Virgil van Dijk terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan yang menyaksikan Joe Gomez mengisi tempat ditinggalkan pertahanan Belanda itu.

Selang lapan minit kemudian, gawang Liverpool bocor selepas Michael Keane menanduk masuk gol penyamaan Everton pada minit ke-19.

Liverpool kembali di depan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-72, namun keputusan itu gagal dipertahankan apabila Dominic Calvert Lewin tampil menjadi penyelamat Everton pada minit ke-81.

The Reds hampir membawa pulang tiga mata penuh apabila Jordan Henderson berjaya menembusi gawang Everton selepas menyambar hantaran Mane pada minit akhir perlawanan, namun gol tersebut dibatalkan selepas Mane terlebih dahulu dikesan ofsaid oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!