X

Kindly register in order to view this article
!

Lang Merah miliki potensi tarik pelabur

Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman
A
A

BERDASARKAN sokongan yang tidak berbelah bahagi dan kelompok penyokong setia Lang Merah yang besar, Kedah seharusnya tidak mempunyai masalah untuk menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di dalam pasukan tersebut kerana mampu menjana keuntungan.

Penasihat Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB), Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman mendedahkan terdapat beberapa ahli KAKB bersedia untuk menaja pasukan bola sepak Kedah bermula musim depan sekiranya koperasi tersebut mencapai kata sepakat memiliki saham dalam pasukan tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya belum bersedia mendedahkan lagi individu-individu berkenaan kerana kata sepakat secara bertulis belum dimeteraikan lagi bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

"Pihak KAKB telah mempunyai beberapa pihak yang telah pasti dan memberikan persetujuan (menaja pasukan Kedah) tetapi kami tidak boleh dedahkan di sini (secara siaran langsung di Facebook). Kalau kita dedahkan nanti payah pula," katanya melalui Facebook rasmi KAKB, Kedah United semalam.

Menurut Ahmad Shaizuan, kehadiran KAKB juga adalah untuk membantu meringankan beban Kerajaan Negeri Kedah yang sebelum ini perlu mengeluarkan belanja sekitar RM20 juta sehingga RM30 juta setiap musim membantu pengurusan KFA.

Jelasnya, koperasi adalah satu platform melibatkan seluruh pencinta bola sepak Kedah untuk sama-sama tampil membantu Lang Merah melalui pemilikan saham oleh KAKB.

"Sukan bola sepak ini adalah cukup sentimental kepada seluruh rakyat di Kedah. Rakyat negeri ini tidak kisah siapa yang akan mengambil alih menguruskan pasukan bola sepak Kedah namun kena pastikan maruah dan legasi Kedah sejak tahun 1924 dipertahankan,"katanya.

Pada 16 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan kata putus KFA sedang dinanti oleh KAKB bagi memiliki 80 peratus saham skuad Lang Merah seperti dipersetujui secara lisan dalam perjumpaan pada 7 Oktober lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!