X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Selangor cadang sedia 'stadium' e-sukan

Noh (kanan) menyaksikan Pertandingan E-Sport PUBG Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
A
A

TANJONG KARANG - [DIKEMAS KINI] UMNO Selangor bercadang menyediakan satu tempat pembangunan sukan elektronik (e-sukan) di Bangunan Kumpulan Muara (dulu dikenali Bangunan UMNO Selangor) selewat-lewatnya menjelang tahun depan.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, 'stadium' itu nanti akan mengumpulkan lebih ramai golongan muda di satu tempat yang lebih strategik sekali gus menjadi platform melahirkan atlet berbakat yang mampu diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Katanya, UMNO sentiasa bergerak seiring dengan peredaran semasa termasuk mengiktiraf e-sukan sebagai cabang baharu dan ia merupakan bidang digital yang sangat luas.

"Saya mencadangkan e-sukan ini diberi tumpuan dengan mengumpulkan atlet berbakat ditempatkan di satu tempat supaya kita dapat memantau dan mengasah bakat mereka ke peringkat tertinggi," katanya di Pertandingan E-Sport PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pelaksanaan dan persiapan stadium e-sukan itu nanti akan diketuai Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha.

"Kita yakin stadium e-sukan ini bakal menjadi medan untuk kami mencari bakat atlet yang mahir dalam industri ini bagi mewakili negeri atau negara pada kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.

Mengulas mengenai pertandingan PUBG Parlimen Tanjong Karang, Noh berkata, sebanyak 36 pasukan membabitkan 142 pemain menyertai pertandingan itu.

"Permainan ini mendapat sambutan menggalakkan terutama permainan dalam talian menjadi tumpuan dengan keadaan negara sedang berdepan penularan Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!