X

Kindly register in order to view this article
!

81 kluster aktif, lima lagi kluster baharu

Seorang pegawai kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu melakukan pengambilan sampel swab terhadap salah seorang penduduk setempat di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Likas di sini bagi mencegah penularan Covid-19.- Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengenal pasti lima lagi kluster baharu koronavirus (Covid-19), menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di negara ini adalah sebanyak 81, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut ialah Kluster Teduh di Lahad Datu, Sabah dan Kluster Menara yang dikenal pasti di daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor; Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di Perak serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

"Tiga lagi kluster ialah Kluster Keladi di daerah Klang, Selangor; Kluster Sentral di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kluster Bah Bemban di daerah Dungun, Terengganu," katanya pada sidang media maya yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Memperincikan kluster berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks Kluster Teduh (iaitu kes ke-13000) telah dikenal pasti hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif menjadikan jumlah keseluruhan kes kluster itu 11 kes, katanya. - Bernama

AKAN MENYUSUL


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!