Sedia pusat asuhan percuma untuk anak 'frontliners'

Aliakbar ketika ditemui selepas program bersama penduduk Kampung Keliangau, Manggatal, Kota Kinabalu hari ini.
Aliakbar ketika ditemui selepas program bersama penduduk Kampung Keliangau, Manggatal, Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dr Aliakbar bercadang menyediakan pusat asuhan khas untuk anak petugas barisan hadapan secara percuma bagi membantu mereka kerana sedang berusaha memerangi wabak koronavirus (Covid-19) di Sabah.

Bagaimanapun, Aliakbar berkata, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Di Sabah ada banyak Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), sekarang murid dan guru tengah cuti jadi guru kita tiada kerja ketika ini.

"Jadi sebagai alternatif kita mahu memberi penjagaan percuma kepada anak-anak barisan hadapan tetapi masih dalam perbincangan dan di peringkat awal," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk di gereja Kampung Keliangau, Manggatal di sini semalam.

Aliakbar yang juga Setiausaha Pas Sabah berkata, cadangan itu meliputi petugas barisan hadapan di kawasan Kota Kinabalu, Putatan dan Papar.

"Kita kasihan melihat petugas barisan hadapan kita yang hampir sibuk setiap hari dan mereka juga kelam kabut dalam menguruskan anak.

"Jadi apabila mereka letakkan anak mereka di situ, kita tidak kira masa akan beri penjagaan secara percuma.

"Sekarang kita tengah bincang dengan KKM sebab mereka pun ada Prosedur operasi standard (SOP) tersendiri, kita jangka ia dapat dilaksana dalam masa terdekat ini," katanya.

Artikel Berkaitan: