Kes melonjak 869, paling tinggi direkodkan
KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu koronavirus (Covid-19) di Malaysia melonjak kepada 869 kes hari ini iaitu yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.
Empat kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini ialah 180 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini melepasi angka 19,000 iaitu 19,627 kes, dengan kes aktif kebolehjangkitan meningkat kepada 6,886.
"Kes baharu hari ini kesemuanya penularan dalam negara melibatkan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara dengan negeri Sabah masih mencatat jangkitan baharu tertinggi iaitu 451 kes (51.9 peratus)," katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan melalui Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sebanyak 224 kes (25.8 peratus) hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai, yang merupakan kes terasing di dalam penjara serta tidak menjangkiti masyarakat.
[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia https://t.co/VhiJAdwhhE
— SinarOnline (@SinarOnline) October 17, 2020
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
'King' tersangkut hujung jambatan, pemandu positif dadah
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Puluhan kampit beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah
Ada penduduk sempat kutip beras