Kes melonjak 869, paling tinggi direkodkan


DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu koronavirus (Covid-19) di Malaysia melonjak kepada 869 kes hari ini iaitu yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.

Empat kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini ialah 180 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini melepasi angka 19,000 iaitu 19,627 kes, dengan kes aktif kebolehjangkitan meningkat kepada 6,886.

"Kes baharu hari ini kesemuanya penularan dalam negara melibatkan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara dengan negeri Sabah masih mencatat jangkitan baharu tertinggi iaitu 451 kes (51.9 peratus)," katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan melalui Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sebanyak 224 kes (25.8 peratus) hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai, yang merupakan kes terasing di dalam penjara serta tidak menjangkiti masyarakat.

Artikel Berkaitan: