Dua beranak maut kereta terbabas

Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Tol Ayer Hitam hari ini.
Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur masuk Tol Ayer Hitam hari ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur masuk Tol Ayer Hitam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari itu, kereta Honda Civic yang dinaiki kesemua mangsa terbabas sebelum merempuh papan tanda arah di tepi bahagian kiri lebuh raya.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Amirudin Abd Razak, 19, yang duduk di kerusi penumpang bahagian kanan belakang dan Abd Razak Mohd Mahudin, 50, penumpang bahagian depan.

Keadaan kereta mangsa yang merempuh papan tanda dalam kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
Keadaan kereta mangsa yang merempuh papan tanda dalam kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

Komandan Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Nasrul Rahman Rusdi berkata, mangsa yang cedera parah pula ialah pemandu kereta, Mohd Hamizan Abd Razak, 27 dan penumpang belakang, Rahimah Yaman, 49, dan Nurul Nahirah Abd Razak, 21.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) bergegas ke tempat kejadian dan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dua mangsa wanita yang cedera itu.

"Pemandu kenderaan berkenaan dapat menyelamatkan diri keluar daripada kenderaan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Kilometer 78 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

"Dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan.

Operasi tamat pada jam 1.23 petang.