Zidane jawab spekulasi Haaland, Mbappe

No Image Caption
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane menjawab spekulasi mengenai Erling Haaland dan Kylian Mbappe yang sebelum ini dikaitkan dengan Los Blancos itu.

Menurutnya, Haaland bukanlah pemain yang sesuai buat Real namun tidak menolak bahawa dia merupakan penyerang yang bagus.

"Haaland memang bermain sangat bagus dan menjumpai rentaknya ketika bermain bersama RB Salzburg dan Borussia Dortmund. Malah, dia juga cemerlang ketika beraksi bersama Norway dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Saya telah menyaksikan perlawanan tersebut. Saya gembira dengan penampilannya yang telah meletakkan dia antara penyerang muda terbaik dunia ketika ini.

"Namun, Haaland bukan pemain yang saya mahukan, tetapi dia seorang yang sangat bagus," katanya.

Real langsung tidak berbelanja untuk membeli pemain malah lebih banyak menjual pemain pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Namun walaupun tanpa kehadiran pemain baharu, Real masih mampu menerajui takhta La Liga ketika ini dengan 10 mata daripada empat perlawanan.

Selain Haaland, Mbappe turut dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol itu namun masih belum ada tanda bahawa dia mahu berpindah dari Paris Saint Germain.

Artikel Berkaitan:

"Ada banyak khabar angin mengenai Real dengan beberapa pemain. Tetapi itu tidak akan mempengaruhi kelab dan jendela perpindahan sudah ditutup.

"Saya memiliki sebuah pasukan yang akan berjuang untuk menghadapi semua ini. Itulah yang akan kami cuba lakukan," katanya.