Uptown Shah Alam mula jam 4 petang sepanjang PKPB

Operasi di Uptown Shah Alam akan bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam sepanjang PKPB ini.
Operasi di Uptown Shah Alam akan bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam sepanjang PKPB ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi di Uptown Shah Alam akan bermula pada jam 4 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor.

Pengurus Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mahfizul Rusydin Abd Rashid berkata, perubahan waktu operasi itu membabitkan 430 peniaga di tapak tersebut.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi baharu itu telah bermula pada Rabu lalu sehingga arahan lanjut dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semua peniaga di Uptown Shah Alam boleh menghubungi Bahagian Jualan Hartanah Wilayah Utara PKNS untuk maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa Rabu lalu hingga 27 Oktober ini.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebelum ini, PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam kepada pengunjung.

Mahfizul berkata, PKNS juga telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam usaha mencegah penularan Covid-19 di Uptown Shah Alam sebelum ini.

Artikel Berkaitan: