Sampel Covid-19 dari Sabah 'naik' pesawat TUDM

Kerja memuat naik kotak mengandungi sampel Covid-19 dari Sabah ke dalam pesawat A400M giat dilakukan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Kerja memuat naik kotak mengandungi sampel Covid-19 dari Sabah ke dalam pesawat A400M giat dilakukan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak tujuh kotak mengandungi sampel koronavirus (Covid-19) dari beberapa klinik di Sabah dibawa ke Semenanjung untuk ujian di makmal.

Kotak mengandungi sampel itu dibawa menaiki pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diatur gerak ke Sabah dan Labuan hari ini.

Kerja memuat naik mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dimasukkan ke dalam pesawat sebelum berlepas ke Labuan dan kembali semula ke Subang.

Sebelum itu, dalam kenyataan media yang dikeluarkan TUDM hari ini menyatakan, pesawat yang beroperasi di Pangkalan Udara Subang (PU Subang) telah diatur gerak bagi misi penghantaran kelengkapan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia ke Tawau.

Juruterbang pesawat, Mejar Mohd Shafique Mohd Amin menjelaskan, misi penghantaran yang akan dilaksanakan itu membawa kira-kira 14 tan muatan terdiri daripada kelengkapan Hospital Medan ATM dan juga peralatan perubatan.

"Proses memuat naik kelengkapan Hospital Medan ATM dan peralatan perubatan bermula seawal jam 6.30 pagi melibatkan anggota Cabang Pergerakan Udara Subang serta 'loadmaster' pesawat A400M.

"Kerja-kerja ini mengambil masa hampir satu jam kerana perlu dilaksanakan secara teliti dan berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang kemalangan serta kerosakan kepada anggota bertugas, pesawat dan muatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kerja memuat naik kotak mengandungi sampel Covid-19 dari Sabah ke dalam pesawat A400M giat dilakukan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Kerja memuat naik kotak mengandungi sampel Covid-19 dari Sabah ke dalam pesawat A400M giat dilakukan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Menurut Shafique, penerbangan itu bukan sahaja melibatkan penghantaran ke Tawau, tetapi turut melibatkan penghantaran beberapa peralatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Kota Kinabalu.

"Antara peralatan yang dihantar adalah seperti pakaian pelindung diri (PPE), 'isolation gown', 'mask' dan 'Tyvek suit' bagi kegunaan pusat kesihatan di Sabah.

"Selain itu, terdapat juga peralatan perubatan daripada Mercy Malaysia yang turut dihantar ke Kota Kinabalu," katanya.

Terdahulu, pesawat itu berlepas dari PU Subang pada jam 8.55 pagi dan tiba di Tawau jam 11.55 pagi serta proses penurunan kelengkapan Hospital Medan ATM segera dilakukan dengan mengambil masa selama kira-kira satu jam.

Pesawat itu kemudian tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 3 petang dan berlepas semula sejam kemudian ke Labuan untuk penghantaran seterusnya sebelum kembali semula ke PU Subang.