Kluster Bah Manggis: 161 selesai saringan Covid-19

Saringan bermula jam 9 pagi dilakukan di dua lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manggis dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Manggis
Saringan bermula jam 9 pagi dilakukan di dua lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manggis dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Manggis
A
A
A

BANTING - Seramai 161 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Sungai Manggis selesai melakukan ujian saringan koronavirus (Covid-19) hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Langat, Dr Wan Ahmad Razman Wan Abd Salim berkata, saringan bermula jam 9 pagi itu dilakukan di dua lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manggis dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Manggis masing-masing membabitkan 79 murid serta 82 pelajar.

"Ujian saringan secara pandu lalu ini dilakukan susulan beberapa kes Covid-19 yang dilaporkan di kawasan Sungai Manggis (Kluster Bah Manggis).

"Kita jangka keputusan ujian saringan diperoleh dalam masa dua hingga tiga hari," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Petugas kesihatan daerah Kuala Langat menjalankan ujian saringan terhadap murid dan pelajar di SK Sungai Manggis dan SMK Sungai Manggis, Banting hari ini.
Petugas kesihatan daerah Kuala Langat menjalankan ujian saringan terhadap murid dan pelajar di SK Sungai Manggis dan SMK Sungai Manggis, Banting hari ini.

Menurutnya, PKD juga akan membuat langkah susulan dan menjadualkan saringan di tempat yang ditentukan berikutan terdapat murid dan pelajar gagal hadir saringan itu.

"Selain itu, masyarakat diminta supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) disarankan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan," katanya.

Pada 10 Oktober lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, terdapat enam kluster baharu Covid-19 dikesan iaitu empat dikesan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Empat kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera manakala Kluster Putra direkodkan di Sarawak dan Kluster Highway di daerah Kota Belud, Sabah.

Kluster Bah Manggis membabitkan dua daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor.

Seramai 79 murid di SK Sungai Manggis dan 82 pelajar SMK Sungai Manggis melakukan saringan hari ini.
Seramai 79 murid di SK Sungai Manggis dan 82 pelajar SMK Sungai Manggis melakukan saringan hari ini.