Perhilitan pindahkan Yeop Jong

Operasi pindah keluar Yeop Jong dari Kampung Plang, Gerik dilakukan selepas dilapor menganggu tanaman penduduk.
Operasi pindah keluar Yeop Jong dari Kampung Plang, Gerik dilakukan selepas dilapor menganggu tanaman penduduk.
A
A
A

GERIK - Seekor gajah jantan liar seberat dua tan yang dilaporkan memasuki Kampung Plang di sini berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak ke Taman Negara Terengganu hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah dianggarkan berusia dari 12 hingga 14 tahun diberi nama Yeop Jong itu ditangkap Isnin lalu selepas menerima aduan penduduk kampung.

Menurutnya, kehadiran haiwan itu telah menimbulkan ketakutan kepada penduduk selain merosakkan tanaman antaranya getah, tebu, kelapa dan durian.

Gajah denak, Rambai dan Alam digunakan untuk memujuk Yeop Jong untuk dipindahkan ke Taman Negara Terengganu.
Gajah denak, Rambai dan Alam digunakan untuk memujuk Yeop Jong untuk dipindahkan ke Taman Negara Terengganu.

"Semasa proses memindahkan gajah itu pihak Perhilitan menggunakan khidmat dua ekor gajah denak bernama Rambai dan Alam.

"Rambai dan Alam berperanan mengiringi serta mengawal gajah liar itu untuk dibawa naik ke atas lori sebelum dibawa keluar daripada Kampung Plang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi yang melibatkan 20 anggota Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Lanchang, Pahang itu bermula pada jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Artikel Berkaitan:

Operasi pindah gajah dilaksanakan oleh 20 anggota Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Lanchang, Pahang.
Operasi pindah gajah dilaksanakan oleh 20 anggota Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Lanchang, Pahang.

Yusoff berkata, gajah liar tersebut didapati terpisah dari ID Kumpulan Belum yang dianggarkan berjumlah lebih 40 ekor dari Hutan Simpan Gerik.

"Gajah ini turun ke kawasan kampung untuk mencari makanan. Kumpulan ini adalah gajah sama yang mengganggu kawazan Felda Bersia, Kampung Pecah Batu, Kampung Bongor dan Jalan Raya Timur - Barat.

"Ini adalah operasi kedua tangkapan dilakukan Unit Tangkapan Gajah (UTG) di kawasan ini. Tangkapan pertama adalah 2019 telah dipindahkan ke Santuari Gajah Negeri Terengganu," katanya.