Mourinho terus berteka teki

No Image Caption
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho masih terus berteka-teki sama ada akan menurunkan Gareth Bale dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United di Stadium Tottenham malam esok.

Menurutnya, dia tidak mahu memberikan keputusan sama ada Bale akan bermain dalam perlawanan tersebut, namun dalam masa sama menegaskan pemain kelahiran Wales itu berlatih dengan baik selepas pulih daripada kecederaan lutut.

"Sudah tentu dia mahu bermain termasuk ketika baru sahaja sampai kesini. Tetapi ia agak mustahil untuk terus menurunkannya dalam perlawanan.

"Saya tidak mahu katakan sama ada dia akan diturunkan atau tidak dalam perlawanan menentang West Ham. Apa yang boleh saya katakan dia berlatih dengan baik.

"Minggu lalu kami fokus terhadapnya untuk dia kembali ke tahap sepatutnya dan pada pendapat saya dia berada dalam keadaan yang sangat bagus," katanya.

Bale dipinjamkan dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun belum dapat bermain selepas dibelenggu masalah kecederaan sejak tiba ke Spurs.

Pemain berusia 31 tahun itu hanya dapat berlatih penuh minggu ini dan mungkin masih belum mendapatkan kepercayaan Mourinho untuk diturunkan bermain.

"Kehadiran Bale dalam pasukan sudah tentu memberikan impak yang besar dan dapat membantu pasukan. Saya tidak ragu-ragu dengan keupayaannya.Apa yang penting dia kena kembali cergas.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga mahu pasukan terus konsisten meraih kemenangan untuk terus berada dalam kelompok teratas liga," katanya.