Geng Farid Temara dalangi 19 kes curi motosikal tumpas

A Asmadi menunjukkan sebahagian komponen dan motosikal curi yang berjaya dirampas dari Geng Farid Temara di Ipoh.
A Asmadi menunjukkan sebahagian komponen dan motosikal curi yang berjaya dirampas dari Geng Farid Temara di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Polis berjaya menumpaskan dalang kegiatan mencuri motosikal dengan tertangkapnya lima ahli geng Farid Temara termasuk seorang wanita dalam tiga serbuan berasingan di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia lingkungan usia 20-an hingga 30-an itu yang aktif sejak enam bulan lalu mensasarkan motosikal jenis Honda EX5 untuk dilarikan sebelum komponennya dilerakan.

"Modus operandinya mendapati suspek yang juga teman wanita kepada dalang utama kumpulan itu dijadikan 'pointer' untuk cari sasaran sebelum melarikan motosikal mangsa.

"Suspek akan meleraikan komponen untuk dijual sebagai alat ganti sebelum membuang rangka motosikal ke lombong sekitar Ipoh," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan laporan diterima daripada mangsa selepas motosikal Honda EX5 miliknya hilang ketika parkir di sebuah pusat beli belah pada 22 September lalu.

"Selain tangkapan, kita juga berjaya menemui semula tiga rangka motosikal curi yang dibuang di sebuah lombong di kawasan Pasir Puteh dan beberapa buah motosikal curi.

"Hasil soal siasat dijalankan, polis berjaya menyelesaikan 19 kes curi motosikal di daerah itu. Kesemua suspek direman selama 21 hari di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)," katanya.

Artikel Berkaitan:

A Asmadi menunjukkan komponen motosikal yang berjaya diperolehi selepas dibuang ke dalam lombong sekitar Ipoh.
A Asmadi menunjukkan komponen motosikal yang berjaya diperolehi selepas dibuang ke dalam lombong sekitar Ipoh.

Sementara itu, A Asmadi berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan kira-kira 25 kes pecah cermin kereta selepas menahan suspek lelaki berusia 33 tahun di Pangsapuri Waller Court di sini, kelmarin.

"Tangkapan itu hasil aduan yang diterima daripada mangsa yang mengalami kerugian lebih RM24,000 akibat kehilangan komputer riba dan pelbagai dokumen peribadi selepas keretanya dipecah pada 30 September lalu.

"Hasil siasatan mendapati suspek mengakui terlibat dalam kes sekitar kawasan Pekan Baharu, Pekan Lama, Jalan Bendahara dan Pasir Puteh sejak Julai lalu," katanya.

Katanya, turut ditahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang merupakan pembeli barang curi.

"Suspek mengakui membeli semua barang daripada suspek sebelum dijual semula di pasar karat Loken atau Ipoh Memory Lane.

"Polis kini sedang mengesan pembeli lain barangan tersebut kerana memiliki barang curi menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan," katanya.