Muhyiddin ucap takziah

Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia semalam.
Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin yang meninggal dunia malam tadi.

Muhyiddin berkata, beliau mengenali Abdul Aziz sebagai seorang insan yang sangat berdedikasi dalam memperjuangkan keperluan masyarakat serta pembangunan luar bandar.

"Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang.

"Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Abdul Aziz, 82, meninggal dunia pada kira-kira 11.52 malam tadi akibat serangan jantung.

Jenazah dikebumikan di Gopeng, Perak selepas solat subuh hari ini.

Artikel Berkaitan: