Gangguan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya jam 3 petang ini

Gangguan bekalan air dijangka pulih jam 3 ini.
Gangguan bekalan air dijangka pulih jam 3 ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat susulan kejadian paip pecah sebelum ini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan buat masa ini, gangguan bekalan berkenaan telah 84 peratus pulih dan lapan kawasan masih berada dalam proses pemulihan

Katanya, antara kawasan terlibat adalah Jalan Raja Nong, Kampung Pulau Indah, Kampung Teluk Gong, Perindutrian Pulau Indah Fasa 2, Pulau Ketam, Taman Berjaya Kampung Jawa, Taman Sentosa dan Taman Sri Andalas.

"Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bekalan air ke kawasan tersebut dan dijangka pulih sepenuhnya jam jam 3 petang ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Air Selangor memaklumkan sebanyak 59 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah disebabkan oleh pihak ketiga.

Air Selangor berkata, kejadian paip pecah itu berlaku disebabkan oleh kerja-kerja tambakan di kawasan pembinaan berhampiran Seksyen U11.

Artikel Berkaitan: