Ambil keterangan Anwar tanpa tekanan politik: Polis

Huzir
Huzir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilakukan tanpa menerima sebarang tekanan politik daripada mana-mana pihak, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Menurutnya, selain keterangan membabitkan kes 121 senarai nama Ahli Parlimen, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman turut merakam keterangan membabitkan lima kes lain.

"Kenyataan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh atas kekurangan sokongan majoriti ahli dewan rakyat, kenyataan sidang media penyerahan dokumen sahih kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Turut disiasat kes liwat dan akuan bersumpah oleh Aidil Azim Abu Adam, video ucapan mengatakan kedai judi beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan video ucapan mendakwa terdapat 6.7 juta warga asing dalam negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir berkata, pihaknya menggesa semua pihak memberi ruang sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya persembah dokumen sokongan 38 ahli Parlimen PKR'

Katanya, tindakan tegas juga bakal diambil terhadap mereka yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Mengulas berkenaan kes penyebaran senarai nama 121 nama ahli Parlimen yang didakwa menyokong Anwar, setakat ini polis menerima sebanyak 113 laporan.

Artikel Berkaitan:

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.