Amanah akui pengundi Melayu belum yakin dengan PH

Asmuni ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Amanah Perak kali ke-5 hari ini.
Asmuni ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Amanah Perak kali ke-5 hari ini.
A
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengakui pengundi Melayu masih belum benar-benar yakin akan kemampuan Pakatan Harapan (PH) untuk mewakili suara mereka.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, keputusan pilihan raya kecil (PRK) dan dalam dapatan kajian Pola Sokongan yang dilakukan di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak memperlihatkan keyakinan itu sekitar 10 ke 13 peratus sahaja.

"Tahap sokongan pengundi Melayu masih tidak memberangsangkan, pengajarannya adalah ia menyedarkan kita bahawa usaha menawan hati pengundi Melayu perlu terus giat dijalankan dan ini memerlukan stamina politik yang tinggi.

"Isu-isu melibatkan orang Melayu perlu ditangani dan diberi pencerahan lebih agresif serta konsisten.

"Kita tidak boleh sekadar menafikan tohmahan pihak lawan semata-mata tetapi harus tampil sebagai penyelesai dan pembela kepada isu-isu fundamental yang sering menjadi senjata musuh," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Amanah Perak kali ke-5 yang disempurnakan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad di sini hari ini.

Asmuni berkata, di sebalik dasar inklusif, Amanah mestilah dilihat sebagai parti yang menjuarai isu-isu Melayu dan Islam di dalam PH.

"Kita harus tampil sebagai parti yang mampu melahirkan pemimpin Melayu bermaruah dan berwibawa untuk dijadikan pilihan orang-orang Melayu dan dalam masa sama tidak mengabaikan sokongan daripada kaum lain," katanya.

Artikel Berkaitan: