Selangor rekod kes Covid-19 tertinggi di Lembah Klang

Info grafik dimuat naik STFC di Facebook semalam.
Info grafik dimuat naik STFC di Facebook semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor merekodkan kes koronavirus (Covid-19) tertinggi di Lembah Klang semalam dengan mencatatkan 50 kes berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman Facebook semalam memaklumkan, lima daerah di negeri itu juga masih kekal berada dalam zon merah dengan penambahan satu daerah baharu iaitu Kuala Langat.

Selain itu, seluruh kawasan Putrajaya yang mempunya 10 kes dan dua kes di Kuala Lumpur pula berada dalam zon kuning.

Info grafik dikeluarkan Selangor Task Force Covid-19 (STFC) di laman Facebook memaparkan sejumlah 568 kes jangkitan tempatan direkodkan di negeri ini sejak 3 Oktober sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, tiga kawasan iaitu Klang, Petaling dan Sungai Buloh merekodkan lebih 40 kes Covid-19 dalam tempoh 14 hari.

STFC turut memaklumkan daerah Sabak Bernam masih kekal berada dalam zon hijau tanpa sebarang kes direkodkan sehingga kini.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa Rabu lalu hingga 27 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: