Durian J-Queen RM4,070 sebiji

Durian J-Queen tersebut berjaya dijual sebanyak dua biji. - Foto: Instagram/ Foodhuntertasikmalaya
Durian J-Queen tersebut berjaya dijual sebanyak dua biji. - Foto: Instagram/ Foodhuntertasikmalaya
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Durian jarang ditemui dijual pada harga 14 juta rupiah (RM4,070) sebiji di sebuah pusat beli belah di Indonesia.

Walaupun harganya tak masuk akal, pasar raya di Tasikmalaya itu berjaya menjual dua raja buah digelar J-Queen tersebut.

Harga durian tersebut turut menjadi buah mulut di bandar itu di mana gaji minimum individu adalah dua juta rupiah (RM581) sebulan.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil swafoto dengan buah tersebut.

"Saya lebih sanggup membeli motosikal yang boleh digunakan selama 10 tahun dengan wang sebanyak itu," kata pengguna Twitter dikenali R Balqis.

J-Queen, hasil kacukan dua jenis durian di Indonesia itu mempunyai rasa yang unik seperti mentega kacang selain bentuknya yang bulat tidak seperti durian biasa.

Difahamkan, pokok tersebut hanya menghasilkan buah setiap tiga tahun dan setiap pokok mempunyai hanya kira-kira 20 durian pada satu masa.

Sementara itu, seorang petani di daerah Kendal di Jawa Tengah mendakwa dia tidak pernah mendengar tentang durian J-Queen.

Artikel Berkaitan:

"Durian paling mahal adalah jenis Kumbokarno yang dijual pada harga 15,000 rupiah (RM4) hingga 20,000 rupiah (RM6) sebiji," kata Amrozi. - Straits Times