Tiga SKAJ ditutup ada kerana Covid-19

Tosrin Jarvanthi
Tosrin Jarvanthi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) sekitar daerah ini ditutup membabitkan seramai 3,329 murid berikutan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi memberitahu, penutupan tersebut melibatkan Sekolah Agama As Syakirin, Masai; Sekolah Agama Taman Rinting dan Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti.

"Sekolah pertama ditutup ialah Sekolah Agama As Syakirin yang bermula dari 11 hingga 1 Oktober membabitkan seramai 712 murid, 14 guru dan seorang kerani diikuti Sekolah AgamaTaman Rinting bermula dari 14 hingga 20 Oktober dengan 1,372 murid, 22 guru dan seorang kerani.

"Sekolah Agama Tafrijiyyah pula menutup operasi dari 16 hingga 23 Oktober melibatkan 1,145 murid, 16 guru dan seorang kerani," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: