Everton kekal tenang berdepan Liverpool

James Rodriguez antara tonggak baharu memperkuatkan cabaran Everton musim ini.
James Rodriguez antara tonggak baharu memperkuatkan cabaran Everton musim ini.
A
A
A

PENGENDALI Everton, Carlo Ancelotti mendedahkan bahawa pemain-pemain The Toffees dalam mood terbaik meneruskan rentak positif bagi berdepan kunjungan penyandang juara Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park.

Menurut pengendali berusia 61 tahun kelahiran Itali itu, suasana positif di Goodison Park pada musim ini banyak mempengaruhi prestasi kelab berkenaan dalam empat perlawanan terawal The Toffees.

“Sejujurnya momentum awal musim ini lebih baik apabila setiap hari pemain-pemain fokus motivasi terbaik dan serius dalam latihan serta perlawanan.

“Saya rasa suasananya sangat baik. Tidak kira berapa minit permainan pemain bermain, mereka yang terlibat memberikan sepenuh komitmen tinggi terutamanya semasa sesi latihan.

“Pemain-pemain melakukan tugasan masing-masing dengan sangat baik, dan mereka cepat menyesuaikan diri dengan sangat baik.

“Pemain-pemain baharu juga dibantu pemain lain bagi mempercepatkan pembentukan keserasian dalam kalangan mereka. Ini sesuatu petanda positif yang mematangkan corak permainan kelab ini,” kata bekas pengendali Napoli dan Real Madrid itu.

Ancelotti membuat lima penambahan berprofil tinggi dalam memantapkan cabaran The Toffees apabila merekrut trio tengah James Rodriguez, Allan dan Abdoulaye Doucoure yang akan dipacu pemain pinjaman Robin Olsen dan Ben Godfrey.

Everton akan menjadi tuan rumah kepada Liverpool pada derbi Merseyside dengan misi melebarkan jurang mata setelah bermula cemerlang dalam empat perlawanan awal.

Artikel Berkaitan: