X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas Menteri Pertahanan Mexico ditahan di AS

Cienfuegos ditahan pihak berkuasa AS di lapangan terbang di Los Angeles semalam. - Foto: Agensi
A
A

MEXICO CITY - Bekas Menteri Pertahanan Mexico, Salvador Cienfuegos ditahan di Amerika Syarikat (AS) selepas disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.

Perkara itu disahkan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador hari ini selepas sumber diplomatik memaklumkan penahanan Cienfuegos di lapangan terbang Los Angeles semalam.

"Kami perlu bukti yang menyokong tuduhan itu," katanya sambil menambah pihak berkuasa AS akan memberikan butiran tentang perkara tersebut.

Jeneral berusia 72 tahun itu yang memegang jawatan Menteri Pertahanan pada 2012 hingga 2018 di bawah pentadbiran bekas Presiden Enrique Pena Nieto dilaporkan sedang bercuti dengan keluarganya ketika beliau diberkas.

Menurut Obrador, negara itu berdepan situasi tidak pernah berlaku sebelum ini dengan merujuk kepada dua bekas menteri yang kini ditahan di Washington atas tuduhan mempunyai kaitan dengan kartel dadah.

Terdahulu, Menteri Luar, Marcelo Ebrard berkata, mereka akan memberikan bantuan konsular jika dibenarkan Washington selepas Konsul di Los Angeles memaklumkan tentang tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Pada Disember 2019, bekas Menteri Keselamatan Awam, Genaro Garcia Luna juga ditahan di Texas atas berhubung dakwaan menerima suapan. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!