X

Kindly register in order to view this article
!

Temui ajal kerana terlalu puja Trump

Krishna turut mendirikan patung Trump setinggi 1.8 meter dan memujanya sebagai 'tuhan'. - Foto: Agensi
A
A

NEW DELHI - Seorang peminat setia Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menemui ajal selepas dia berpuasa demi untuk mendoakan pemimpin tersebut sembuh daripada jangkitan koronavirus (Covid-19).

Bussa Krishna turut mendirikan patung Trump setinggi 1.8 meter dan memujanya sebagai 'tuhan' meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Telangana, India pada Ahad lalu.

Sebelum ini, sebuah rakaman memaparkan petani berusia 35 tahun itu yang mendapat jolokan Trump Krishna menangis apabila mendapat tahu Trump dijangkiti virus tersebut dan dia kemudiannya mengalami depresi.

Jurucakap polis tempatan berkata, Krishna meninggalkan kampungnya dua minggu lalu untuk pulang ke rumah ibu bapanya.

"Dia meninggal dunia di sana. Keluarganya turut berkongsi berita sedih itu di Facebook. Krishna terlalu tertekan selepas mendapat tahu Trump positif Covid-19. Dia tidak tidur pada waktu malam dan sanggup berlapar selama empat hari demi mendoakan kesihatan Trump pulih seperti biasa," ujarnya.

Menurut sepupunya, Vivek, Krishna tidak menghadapi sebarang masalah penyakit atau komplikasi perubatan, namun keadaannya berubah sejak mengetahui Trump dan isterinya, Melania positif virus tersebut.

Sehari selepas kematian tragis Krishna, Trump disahkan telah pulih dan kini kembali berkempen menjelang Pilihan Raya Presiden AS 2020 pada 3 November depan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!