Nicolas Sarkozy berdepan tuduhan 'konspirasi jenayah'

Nicolas Sarkozy.
Nicolas Sarkozy.
A
A
A

PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menghadapi dakwaan baharu berhubung dana haram yang digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya beliau pada 2007, menurut pejabat pendakwa raya kewangan hari ini.

Sarkozy, 65, yang menafikan beliau bersalah menerusi akaun Facebook miliknya kini didakwa atas tuduhan 'konspirasi jenayah' dalam siasatan berhubung pembiayaan kempen pilihan raya tersebut.

"Selepas empat hari disoal siasat dan menjawab kesemua soalan yang diajukan, ia jelas menunjukkan saya tidak bersalah dan tiada bukti menunjukkan saya terlibat dengan pembiayaan haram," katanya di media sosial.

Pendakwa raya mengesyaki Sarkozy dan rakannya menerima dana berjumlah jutaan euro daripada bekas pemimpin diktator Libya, Muammar Gaddafi.

Pada 2018, bekas Presiden antara 2007 dan 2012 itu pernah berdepan tuduhan terlibat pembiayaan haram dan rasuah pasif.

Sarkozy bagaimanapun mendakwa beliau menjadi mangsa plot jahat dan menjadi bekas Presiden kedua di Perancis bakal dibicarakan selepas Jacques Chirac.

Artikel Berkaitan: